Pengikut

Wednesday, March 28, 2012

Acik...acik.....Acik kat mana?

Assalamualaikum warahmatullah..



Terbayang muka Is. Huhu.

Tadi mak telefon, dia bagi Is cakap. Mestilah dia tak cakap. Dengar la dia cakap "acik.."


Mak cakap dah beberapa hari Is cari aku. Dia turun naik bilik panggil "Acik..acik..."

Alahai, nak nangis pulak dengar. Rindu jugak tiba tiba. Yela, berapa bulan kat rumah jaga dia. Dia pun dah biasa kalau apa apa cari aku, tarik tangan aku.

Bila nak susu, dia cakap "cucu, cucu..."
Bila nak makan, "po a..." (lapar la) sambil tarik tangan ajak ke dapur...
Bila nak cuci buang air, "yak...bucuk..wok...." lepas tu tarik tangan ke belakang pandai pulak suruh pakai selipar, "pe..." .Kadang pulak suruh hidupkan lampu, "pu...". Oh, ye. Tuala mesti nak sangkut kat bahu.
Bila dah siapa,"cicak.."sambil tunjuk arah lampu..
Kalau ajak keluar "wo..." pastu kalau tak diturut nangis la dia. Pandai pulak suruh kita pakai tudung nak ajak keluar, kadang suruh pakai cardigan, tau kalau makcik dia pakai baju lengan pendek..

Alahai, acik dia pun dah rindu. Siannya dia. Acik nak kerja ye.. Nanti cuti acik balik..Hukhuk..

Jangan ragu.

Assalamualaikum warahmatullah..

Sayang tetap sayang. Jangan ragui perasaan sayang. Cuma dengan mempercayai perasaan sayang orang terhadap kita, kita akan bahagia.

Dialog drama bersiri dari Singapura.

Percaya kasih sayang yang halal sudahlah. Tak payah percaya membuta tuli. Nanti bahagia yang dirasa cuma sekejap saja.

okay dah beli makanan.. hee

Assalamualaikum warahmatullah..

okay, dah beli makanan.

insyaAllah Jumaat ambil uniform

insyaAllah Isnin mula kerja

rumah pun dah confirm dapat. kongsi bilik dengan salah sorang staff nurse kat situ.. InsyaAllah..

Mula fikir macam-macam..

Assalamualaikum warahmatullah..

Dah 2hari tunggu panggilan masuk kerja. Dah mula risau. Kenapa tak panggil lagi ni?(updated.dah telefon tanya, dia baru nak call petang ni. Jumaat ambik baju, Isnin mula kerja.) Aku tak suka duduk rumah abang aku lama2. Aku rasa tak boleh nak bergerak. Dah dua hari jugak aku tak makan nasik sebab tak nak keluar rumah.

Malam abang aku balik dah penat. Tak sampai hati nak ajak keluar makan. Huhuk. Masalah sosial aku memang dahsyat, kan? Sanggup tak makan sebab tak nak keluar rumah. Aku tak selesa nak berjalan sorang kat kawasan taman ni sebab ni bukan tempat aku.

Aku rasa macam semua orang perhatikan aku dan aku sangat tak selesa. Lebih baik aku tak payah makan. Hah. Lapar ke tak tu, cerita lain la. Tapi, harini nak ke kedai kot kalau aku tak ubah fikiran la. Fikir tentang keluar pun aku rasa berdebar. Errr..Jarak rumah ke kedai tak sampai 500m je kot, tapi macam jauh sangat je rasa.


p/s: aku dah terhabis bandwith sebab tengok youtube, maka, lembab sangat dah internet. Guna tab abang maka, aku tak dapat nak mendoodle. Tak ada application sesuai.