Pengikut

Friday, March 9, 2012

Segmen : Promoter Follower Blog~

Assalamualaikum warahmatullah.

Jumpa segmen ni kat FB oleh Tentang Jiwa Cytah. Marilah join sebagai tanda sokongan!

 

Mudah je!  (Klik banner untuk ke blog tersebut ye?)

p/s: Aku ni ha bila entah nak buat segmen. Segan. (Ceh)

Deru Ombak~

Assalamualaikum warahmatullah.

Ini bukan cerita Ombak Rindu, mahupun sebuah adaptasi novel. Tapi, ini sebuah blog. Ye, Deru Ombak. Pemilik blog ini membahasakan diri sebagai "anty" dengan aku.

Mula-mula dulu, aku sangka blog ni milik remaja/orang muda sebaya aku. Lepas tu, aku baca komen-komen dan entry seterusnya, aku perasan ia milik seorang ibu. Cuma, mulanya aku ikut-ikut je orang panggil anty ni kak. Hehe. Semua orang panggil dia Kak Ya. Aku ikut je.

Lepas tu, bila anty datang komen kat blog aku, dia cakap, aku kena panggil dia anty.

"Maaf, ye. Tak tau umur berapa. Tak sesuai dah ye nak panggil kak?"

Eh, ok. Dah cukup dengan introduction. Saya sebenarnya nak kasi doodle kat anty. Sebab haritu, freebies saya anty kata cuma untuk orang muda. So, kali ni, harap sesuai la dengan anty. Tak tau macam mana imej anty. Saya reka-reka je. Hee..



Ingatkan nak letak ombak-ombak kat belakang, tapi bila dah lukis nak masukkan kat latar belakang, tak cantik pulak. Macam ni je lah.

Sila la berkunjung ke blog Deru Ombak. Anty ni aktif dan busy woman. Hee.

p/s: Tak tau la kenapa, siang je line teruk.

Anak tinggalkan ibunya di hotel bajet?

Assalamualaikum warahmatullah.

Pagi-pagi aku dah baca cerita macam ni, sedangkan semalam baru je aku baca ucapan2 penghargaan buat kaum wanita dan aku baru je upload gambar mak aku.

Aku sebenarnya tak nak ulas panjang benda ni dan nak jadi pembaca je. Sebab aku sangat takut kalau aku terlalu serang orang-orang macam ni, aku pun diuji dengan benda yang sama. Cukup aku cakap, aku berdoa supaya aku tak akan jadi anak yang mengabaikan mak aku.

Cumanya, ada satu komen yang buat aku tertarik. Aku baca di blog Lady Winsor.

Komennya aku copy paste je lah ye?

"anak kepada makcik tu bujang umur 27 tahun
bawa mak dia dari Johor pastu tinggalkan kat hotel murah kat Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
wahhh kelas anak dia yer..at least tinggalkan mak dia kat hotel bukan kat tepi jalan..masih ada lagi sifat keperimanusiaa bukan mcm setengah orang tu yang tinggalkan anak luar nikah kat dalam tong sampah..

mungkin..tak nak lah tuduh yang bukan2... mungkin anak dia pi cari kerja kot and then tinggalkan mak dia kejap kat situ..
so pihak polis sila cari anak makcik tu cepat so that kita boleh tahu citer yang sebenarnya."

See? Kita tak tahu cerita di sebaliknya. Sampai sekarang kita tak jumpa lagi anak lelaki dia kan? Mungkin anak dia rasa tak mampu nak tanggung mak dia dan kecewa dengan diri sendiri. Kalau dia bawak mak dia, mungkin mak dia akan susah. Kita tak tau kesusahan orang.

Mungkin juga anak dia ditimpa masalah atau kecelakaan. Segala kemungkinan boleh berlaku.  Sebagai orang tua, mungkin dia sedih dan rasa ditinggalkan. Tapi, kita sebagai masyarakat sekeliling tak payah lah serkap jarang. Cukup kita ambil iktibar dan membantu kalau kita mampu.

Entahlah. Takut kalau bab tuduh-tuduh orang ni. Takut kena kat kita sendiri.


p/s: line slow lagi. Mungkin dah suruh bayar bil dan mungkin dah terlebih guna. Nak selesaikan vector potret yang kawan mintak. Juga dapat upah buatkan assignment makcik. huhu.