Pengikut

Saturday, February 25, 2012

[Nukilan] Aku bukan Cinderella! ( I )

Assalamualaikum warahmatullah


Aku bukan Cinderella

                     Dia merenung ke luar jendela. Sawah yang terbentang luas benar-benar buat dia rasa kecil. Semakin kecil. Ya Allah, ini baru sebahagian kecil dari nikmat dan kurniaMu, bisik hatinya. Pak Ali sudah lama keluar ke sawah. Mak Yah ikut sekali hari ini. Nampaknya, tugas memasak berpindah kepada dia.

Haitnya meronta-ronta ingin lari dari kampung ini. Dia juga ingin ke bandar, ke kota besar dan mencari kepuasan hidup. Seringkali dia lihat di kaca televisyen, anak-anak kampung keluar ke bandar dan berjaya. Dia mahu seperti mereka, mengejar impian dan cita-cita. Dia sudah muak duduk di kampung. Dunianya terasa makin sempit sejak dia menamatkan persekolahan. Kalau dia dapat keputusan cemerlang dalam SPM, dia mahu keluar dan menyambung pelajaran ke bandar. Itu tekadnya. Saban malam dia berdoa, agar keputusan SPM yang keluar nanti menjawab segala permintaan dan impiannya. Impiannya sejak 10 tahun lalu.

“Indah, apa kau buat menung kat tingkap tu?” Tanya Chantek, adiknya. Penyapu di tangan di angkat, memberitahu Chantek dia sedang menyapu. Chantek menggelengkan kepala. Ada saja kakaknya menungkan. Penat membasuh baju, peluh kelihatan menitik di wajahnya yang putih. Indah menyambung menyapu rumah papan yang menjadi tempat dia dan adiknya berteduh. Tempat mereka menumpang kasih. 

Sejak mama dan babah hilang, Indah dan Chantek tinggal dengan atok dan neneknya. Mereka punya seorang abang. Tetapi, abangnya sudah lama bekerja dan meninggalkan kampung. Jarang sekali dia balik. Hanya tiap bulan, duit akan masuk ke akaun Indah dan Chantek. Namun, Indah bersyukur, sekurang-kurangnya abangnya masih ingat akan mereka dan tanggungjawabnya. Indah malu bergantung sepenuhnya dengan Pak Ali dan Mak Yah. Mereka sudah tua untuk diberi tanggungjawab menjaga cucu.

“Wei, dah la menung tu. Bila nak siap kemas rumah ni? Tak payah nak berangan jadi Cinderella la cik Indah sayang. Tak ada putera raja nak datang kat rumah kita ni ambik kau buat bini,” ejek Chantek.

“Sibuk la,” balas Indah sambil mencebikkan bibirnya. Mujur Chantek ada bersama dia. Kalau tidak, dia boleh jadi gila.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Indah dan Chantek sibuk menyiapkan hidangan makan tengah hari. Sekejap lagi, atok dan neneknya akan balik dari sawah. Kalau makanan belum siap terhidang, alamatnya mereka akan mendapat ceramah percuma dari nenek dan atok akan cuma ketawa.
Hidangan hari ini, ikan tilapia masak tau chu. Chantek pulak beria-ia mengidamkan masak lemak nangka. Dia yang beria, dia lah masak. Indah sudahkan masakan dengan menabur sedikit serbuk perasa. Sesetengah orang tidak gunakan serbuk perasa kerana tidak baik untuk kesihatan, tapi, Mak Yah tak  sedap makan kalau tak ada serbuk perasa. Pak Ali? Dia makan saja tanpa banyak cerita. Indah pun letak sekadar untuk syarat. Dia tak mahu atok dan neneknya sakit pula.

Pak Ali berjalan diiringi Mak Yah. Sesekali mereka mengelap keringat. Wajah mereka saban hari semakin dimamah usia. Dalam usia begini, mungkin orang lain akan duduk bersenang lenang di rumah. Tapi, tidak begitu untuk mereka. Mereka bekerja bukan untuk wang semata-mata, tetapi untuk menjaga kesihatan. Kalau diikutkan sawah mereka diuruskan oleh anak meraka, Idris dan Ismail.

“Assalamualaikum,” jerit Pak Ali.

“Waalaikumsalam. Atok ni, jerit macam la rumah ni besar sangat,” ujar Chantek sekadar menyakat.

“Yela, rumah atok ni buruk, kecik. Tak macam rumah mama dengan babah kamu.”

Chantek menarik tangan Pak Ali. Mak Yah cuma menggeleng. Chantek membawa atok kesayangannya duduk di meja makan, menghulur air basuhan tangan. Nasi sudah sedia terhidang. Mak Yah ikut duduk.

“Kotor-kotor macam ni kau suruh atok dengan nenek terus makan?” Tanya Indah. “Atok dengan nenek ni ikut la sangat kepala si budak perasan cantik ni. Kot ye pun, tukar la baju dulu ke, basuh tangan kat sinki guna sabun.”

“Wei, Indah. Atok dengan nenek dah lapar la. Kau tak habis-habis dengan jaga kebersihan kau yang terlebih teliti tu,” balas Chantek tak mahu kalah.

“Dah, dah. Nenek pergi tukar baju. Nenek pun dah berpeluh-peluh macam ni. Kenapa la korang hidangkan makanan cepat sangat. Kot ye pun bagi la atok dengan nenek mandi dulu, bersihkan badan. Bagi minum air dulu ke,” ujar Mak Yah pula.

Pak Ali bangun dan menunjukkan gaya tangan yang membuatkan Indah dan Chantek ketawa terbahak-bahak. Keletah Pak Ali cukup menghiburkan dua beradik yang hatinya penuh lara.

                        *                                     *                                           *

“Nenek, Chantek rasa la kan,” Chantek memulakan bicara. “Indah tu dah angau la. Hari-hari dia berangan, menung kat tepi tingkap. Tengoklah lukisan-lukisan dia tu, semua lukisan puteri raja ada kepak. Konon-konon puteri raja dari kayangan la tu. Berangan nak jadi Cinderella.”

“Chantek!” Jerit indah dari bilik.

Kedengaran ketawa berderai lagi. Tak habis-habis si Chantek menyakat kakaknya. Indah meneruskan tulisannya.

Aku impikan sayap
Sayap yang mampu membawa aku terbang
Aku mahu terbang ke negeri kayangan
Aku mahu hinggap di taman larangan
Aku.. (terhenti)

Dia meletakkan penselnya dan meletakkan kepala atas meja. Air matanya tiba-tiba mengalir. Kenangan mama dan babah menggamit segenap ruang hatinya. Ke mana mama dengan babah pergi? Walaupun masa itu dia cuma berumur lapan tahun, dia masih ingat dengan jelas peristiwa yang berlaku.

bersambung....

p/s: Masih mencari kekuatan. Mohon rezeki penuh keberkatan.

3 comments:

Unknown said...

next

sambung eh

Unknown said...

sambung2.. heee.. :) apa kisah mama dan babah Indah?

Zehan Ilyana said...

=)
terasa dekat pulak cerita ni dengan saya hehehe..*perasan kejap*

sambung please! :D