Pengikut

Monday, September 5, 2011

Adik aku nangis!

Assalamualaikum

Kisahnya bermula dengan tragis. Hari ni adalah tarikh ulang tahun kelahiran adik perempuan aku menurut tahun Masihi. Semalam aku dengan adik (adik lelaki) dah share belikan hadiah kat dia. Adik perempuan aku ni pun dah dari kelmarin berkira-kira nak beli kek untuk hari lahir dia- duit raya.

Maka, petang tadi dia memujuk abang sulung aku bawak dia jalan-jalan dengan alasan, " Bg. Yun, jom bawak Is jalan-jalan." Ececeh. Pandai la dia. Semasa dalam kereta dia sibuk memikirkan, " nak beli kek ke nak beli sate?" Berkali-kali dia mengulang ayat yang sama. " Kalau kek muak."

Abang aku pun cakaplah, beli sate la, " ko belanja." Adik perempuan aku, " harga sate sekarang berapa ye, dik?" Cewah. Tapi, entah macam mana - tak diceritakan- lansung tak beli apa-apa.

Tak lama kemudian, kakak ipar aku balik dari kerja. Dia dan abang aku nak pinjam kereta abang sulung aku untuk beraya. "Eh, kan bg. Yun nak guna kereta?" kata "dia"- adik perempuan aku la. (Te-a). Dia yang nak guna sebenarnya. Tapi, kak ipar aku dan abang aku tetap guna jugak kereta. Beberapa jam kemudian, diorang pun balik dengan kak ipar aku bawak ikan di tangan. " Ko kan dah besar, boleh la masak sedap lepas ni."

Kemudian, Bg.Yun dengan abang aku no. 4 keluar- cari sate katanya. Bila diorang balik cuma penyangkut besi yang dibawa- sate tak ada, katanya. Kecewanya adik aku sorang ni.

Malam pun tiba. Te-a dah keresahan. Kek tak dapat, sate tak dapat. KFC! Dia ada beberapa keping Hot Ticket yang boleh digunakan untuk beli KFC dengan harga murah. Maka, dia pun pujuk lah abang aku- Bg. Yun- untuk beli KFC. Siap urut abang aku lagi. Tapi... Pakcik aku datang beraya pulak. Abang aku tak dapat nak keluar, maka, aku balik kerja pun diambil oleh abang no.3 aku- Bizam- naik motor je pulak tu. Kalau Bg. Yun dengan Te-a yang ambik kononnya nak singgah KFC.

Aku balik dengan beg bekal aku macam biasa, aku sangkut kat dapur dan terus sambung sembang dengan pakcik dan makcik aku. Lama jugak diorang datang- sampai pukul 10.30 pm.

 Bila diorang balik je, si Te-a yang muka dah masam mencuka-entah-entah dah nak nangis, naik tidur. Esok sekolah.

Tiba-tiba, semua orang kecoh-kecoh. Te-a dipaksa turun - aku tarik tangan dia. Dalam lampu yang dipadam, api lilin menerangi. Lampu dihidupkan dan Te-a dah merah padam.

Kisah disebalik:

Masa kak ipar aku balik bawak ikan, abang aku masuk dari pintu belakang bawak kek masuk peti ais kecik- dia jarang bukak, peti ais besar je dia bukak. Air pun dah siap-siap buat petang sebelum kek sampai. Masa abang aku beli penyangkut baju, sate dah ditinggal kat kedai tempat aku kerja- parking dalam bilik rehat. Pakcik aku datang tanpa dirancang menambahkan resepi dalam rancangan kitorang. Malah, masing-masing sengaja mengenakan dia dengan suruh macam-macam.

Kesimpulan, tadi adik aku dah merah padam siap meleleh air mata- cair celak yang dia pakai. Malu-malu pulak nak potong kek.

Is, Adik & Te-a
Sambutan macam ni bukan untuk sambut kelahiran sangat pun. Sekadar nak mengerat hubungan antara satu sama lain. Kalau semua ada lebih bagus. Kasih sayang yang tak mampu diluah  dek kata-kata terungkap dalam gelak tawa pun dah memadai.