Pengikut

Thursday, September 1, 2011

Bila mereka datang~

Assalamualaikum

Baru je kawan aku dua orang balik. Lama sungguh la kalau diorang berdua yang datang. Entah dari mana kitorang cerita sampai ke mana. Nasib la aku ada dua kawan ni yang selalu datang raya ke rumah. Harapkan aku yang tak tau naik apa-apa selain basikal  ni payah la.

Mula cuma cerita pasal study, pasal kerja, lepas tu entah masuk bab segala macam hal dunia dan macam-macam lagi lah. Kawan aku yang sorang ni dah kerja kat bahagian pengguna-pengguna ni. So, cerita dia tentang tu lah. Sorang lagi pulak student medic, maka, aku dengan dia tak habis-habis hal pesakit, hospital, doktor, jururawat.

Dah tiga orang ni jumpa, kecoh dan berjela la cerita. Huhu. Diorang ada reunion macam biasa Sabtu ni, dan aku macam biasalah, mana ada kenderaan dan sekarang pun aku dah kerja. Patah kaki la aku.

Kalau tak mengenag dah pukul 2 lebih, Zohor pun belum lagi, tak balik agaknya budak-budak tu sampai petang. Bila lah aku pulak nak ganti jalan ke rumah diorang? Ape lah aku ni.

Demam raya~

Assalamualaikum..

Di kala orang lain beraya dan lelaki-lelaki kampung aku "bara'an", aku kat rumah menung je. Ye, aku rasa aku dah demam. Lain macam je panas badan aku, sengal-sengal segala tulang temulang. Esok kerja rasa macam nak cuti je.

Ini lah padahnya kerja bagai nak rak sebelum raya. Orang raya aku tersadai kat rumah.

"Bara'an" tu ape?

Ia adalah tradisi yang mana kaum lelaki atau perempuan sekumpulan dari satu kawasan akan beraya dari satu rumah ke rumah. Akan ada orang yang bertanya khabar(tuan rumah) - "ngabarke", dan orang "bara'an" akan jawab dan berselawat. Keperecayaannya adalah untuk membawa berkat ke setiap rumah. Berselawat dan menerima tetamu kan baik untuk tuan rumah.

Kalau "bara'an" budak lelaki terkenal dengan bunyi bising motosikal. Biasanya mereka ni akan preng..preng..preng sana sini dengan exzos yang dah diubah suai. Kena tegur macam mana pun susah nak makan saman. Ini tradisi, katanya. Cuma bila kat rumah orang-orang yang lebih tua, ada budak-budak mereka akan dinasihatkan perlahankan bunyi motosikal supaya menghormati.

"Bara'an" perempuan lebih senyap. Tapi, bila sampai kat rumah tu mesti la bercerita macam-macam. "Bara'an" ni ambil masa sekejap je. Malah, orang yang nak "bara'an" naik rumah kena bayar duit untuk makan budak-budak yang pergi "bara'an".

Ayat bahasa Jawa halus digunakan untuk "ngabarke". Aku pun tak tahu pe kebenda diorang cakap. Ngeh2.

p/s: Salam kemaafan dari aku yang tak berapa nak sihat di kala raya. Esok nak ponteng boleh?

Erti Maaf Di Pagi Raya~

Assalamualaikum dan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia dan juga salam aidilfitri..

Alhamdulillah masih berpeluang menyambut Syawal dan menikmati nikmat kemerdekaan negara.

Macam mana dengan raya? Seronok? Dah bermaaf-maafan sesama keluarga dan teman-teman? Memang menjadi rutin kalau pagi raya kita bermaaf-maafan sesama keluarga kan? Tapi, cuba renungkan semula. Sejauh mana erti kemaafan dan maaf yang kita pinta sebenarnya?

Kita duduk bersalaman, bersendu-sedan dengan tangisan minta maaf, minta ampun salah dan silap. Tapi, adakah kita betul-betul menghayatinya? Baru beberapa minit lalu kita bermaafan, tiba-tiba ada hal yang diungkitkan. Ada hal yang tak puas hati. Sejauh mana kita betul-betul menyesal?

"Maafkan salah silap. Halalkan makan minum." Semalam kita minta maaf, hari ni kita ulang kesilapan yang sama. Apa erti maaf tu sebenarnya? Di mana tanggungjawab kita pada maaf yang kita mintak? Adakah pagi raya kita khaskan cuma untuk ucapan maaf tanpa sebarang erti?

"Kalau tersalah silap maafkan." Tapi, kenapa masih buat salah lagi? Kenapa masih berkasar? Kenapa masih tersasar buat orang lain gusar?

Sila renung semula saat kita menitiskan air mata memohon maaf.  Cuba nilai semula sikap kita seminit yang lalu saat kita memohon maaf dengan sikap kita yang sambil lewa sekarang.

Apa sebenarnya salah yang kita pohon maafkan? Adakah sekadar terkasar fizikal dan lancang bicara? Bagaimana pulak sikap kita terhadap tanggungjawab yang kita pikul? Adakah cukup kemaafan di bibir? Bukankah maaf ertinya menyesali? Tapi, kenapa tetap juga kita dengan sikap keras kepala dan degil kita?

p/s: Aku tak mampu berbicara dengan lidah, hanya jemariku laju dan petah. Aku juga merenung kembali apa maaf yang aku ingini.

Aku dan Kasut Raya~

Assalamualaikum.

Cerita ni berlaku sebelum raya, tapi cuma kali ni aku berkesempatan menaip.

Kasut raya aku bernilai RM20 dan berciri retro @ nampak la fesyen lama. Apa yang dah jadi?

Ceritanya adalah bermula dengan aku terpaksa beli kasut bertutup sebab aku skema. Dalam peraturan kata konvo kena pakai kasut bertutup. Maka, untuk jimatkan duit kasut raya beli sekali untuk pakai masa konvo.

Aku ada kasut yang berkenan kat pasar tapi saiz tak ada. Maka, aku teruskan pencarian dari minggu ke minggu kat berlainan gerai dan kedai. Akhirnya, dua hari sebelum raya aku pergi ke pasar malam dan aku tanyakan saiz kasut yang aku berkenan dah. Malangnya, semua tak ada saiz. saiz kecik habis!

Selepas aku penat mencuba dan bertanya beberapa jenis kasut, orang gerai tu mungkin kesian aku tak jumpa lagi kasut raya, maka, dia tawarkan satu kasut. Aku perhatikan kasut tu dan terasa lain macam je. Aku tanya, ada saiz besar ke? Dia angguk dan serahkan kat aku. Aku cuba dan muat! Tapi, nampak aneh. Kasut tu kasut kanak-kanak! Aduh! Nampak pelik je kaki aku dalam kasut tu. Rejected!

Akhirnya, pada sehari sebelum raya waktu rehat aku ke kedai kasut. Niat di hati nak beli kasut mahal yang pernah kakak ipar aku cadangkan- walaupun berat nak keluaran duit. Tapi, saiz dah habis! Tinggal saiz 8? Mak aih.

Dengan sedih aku ke pasar (pasar selalu waktu tu dah tutup, tapi nak raya punya pasal, sampai ke malam). Akhirnya, aku pun bertemu kasut aku ni. Walaupun tak berkenan malah tak berapa nak selesa aku terima je lah. Tu je pilihan terakhir. Aku pakai ni pun rasa cam itik je jalan.

Banyaknya kasut menarik kat pasar tapi saiz kecik dah habis. Sob sob sob.