Pengikut

Tuesday, July 12, 2011

Full House~

Assalamualaikum

Petang semalam, sepupu aku - sekali lagi- datang rumah aku. Biasalah, dia belum dipanggil kerja. Bosan duduk rumah katanya. Dia ajak aku pergi McD. Aku ni kalau dia yang bercakap, aku tak tau dia serius ke main-main. Suka sangat main-main. tapi, setelah lama dia ajak aku pun pergi je lah.

Aku beli untuk 7 kepala. Maklumlah, rumah aku ada 10 orang. Pandai-pandai lah nak share. Macam tak biasa hidup ramai-ramai. Bila aku balik ada adik sepupu aku pulak. Dia makan jenis tak berapa nak ingat. Nasiblah. Mana aku tau dia ada kat rumah aku. Cukup-cukupkan lah.

Tiga orang tak boleh nak telan makanan-makanan macam ni. Mak aku, kak ipar aku + Is (dia makan French Fries je). Pandai-pandai lah nak habiskan. Aku beli 3 jenis, Fillet o Fish, Mc Chicken, Double Cheese burger- biar semua  rasa.

Macam ni lah kalau 10 orang duduk satu rumah. Kalau basuh baju tu, tak payah cakap lah. Banyak dan berlonggok-longgok. Tak muat dah ampaian tu. Pinggan mangkuk? Hmm. Nak roboh je sinki. Nak pulak lelaki lebih ramai. Faham-faham aje lah budak laki kalau ada adik beradik perempuan semua benda jadi kerja orang perempuan.- kalau aku cerita panjang boleh jadi gaduh ni.

Kalau kemas rumah, tak sampai 5 minit dah sepah - noted the two little kiddo, Is and Awish. 10 orang satu rumah, aku cuma mampu cakap FULL HOUSE. Riuh rendah tak boleh cakap lah. Tak payah ramai ada, 4-5 orang pun dah kecoh. Kawan adik aku datang rumah main badminton malu nak masuk rumah. Dia kata rumah ni riuh sangat.

Ok lah. Berlambak-lambak pinggan mangkuk aku tengok tadi. Baju dah sikit sebab malam dah mula basuh. Tinggal nak sidai je la ni. Adios amigos~

Pembunuhan Beramai-ramai~

Tanjong Karang, 11 Julai 2011- Satu pembunuhan beramai-ramai telah berlaku di sebuah kampung yang dirahsiakan namanya.Tragedi ini dipercayai berpunca dari mangsa yang sering mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Mangsa sering dilihat berlegar-legar di kawasan rumah penduduk di situ dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk kampung tersebut. Selain itu juga, mangsa seringkali merosakkan tanaman dan mencuri hasil tanaman penduduk kampung. Akibatnya, berdas-das tembakan dilepaskan oleh pihak berwajib bagi menghentikan perbuatan mangsa yang semakin berani dan cuba memonopoli kawasan tersebut.

Menurut seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Miss S, dia telah melaporkan gangguan tersebut kerana khuatir kejadian buruk akan berlaku. " Saya hanya cuba mempertahankan hak kami. Saya juga tak mahu sebarang perkara buruk berlaku lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak kecil di rumah saya. Saya tak sangka ia akan berakhir dengan pembunuhan," menurut Miss S menjelaskan situasi tersebut.

Kumpulan mangsa mula memasuki kawasan tersebut dipercayai kerana kawasan mereka telah diceroboh oleh sebuah kumpulan lain dan mereka mencari kawasan baru untuk dikuasai. Mangsa bukan sahaja terdiri daripada kumpulan muda malah pelbagai lapisan umur termasuk bayi.

Selepas kejadian tembak menembak yang berlaku di dalam kebun sebuah penduduk kampung, mangsa-mangsa kelihatan lemah hampir menemui ajal mereka. Pihak berwajib yang bertindak melepaskan tembakan hanya mengatakan bahawa, " Saya ada liscence to kill."

Dengan tertembaknya kumpulan mangsa ini, penduduk berharap tiada lagi kumpulan lain yang cuba merosakkan ketenteraman kampung mereka. Malah, Miss S sendiri berharap tiada kumpulan lain yang datang kerana dia sendiri tidak menyangka ia hanya boleh diselesaikan dengan pembunuhan.

* Mangsa merupakan kawanan lotong yang mula berpindah ke kawasan kampung mencari makanan kerana kawasan tempat tinggal mereka di sekitar sungai telah dibangunkan untuk pertanian. Walaupun telah ditembak, ada kemungkinan masih ada kumpulan lotong lain yang masih berada di kawasna tersebut. Selain itu juga, ada penduduk mendakwa ternampak spesis monyet lain, kera, yang juga mendiami kawasan kebun sekitar temat kejadian.

- Akulah orang yang report lotong tu mencuri buah dan menimbulkan ketakutan. Mana la aku tahu PERHILITAN memang akan ambil tindakan menembak. Berdas-das tembakan yang aku dengar tu agak mengerikan la jugak. Lepas orang tu balik, abang aku tengok lotong-lotong tu masih lemah bergantungan atas pokok, tinggal seekor baby yang masih merah je yang cergas. Diorang kata, tak lama mesti mati jugak, sebab mak dia dah tak ada.

Aku tak salahkan haiwan-haiwan tu menceroboh. Manusia yang ceroboh tempat tinggal lotong tu. Masih banyak lagi kat simpang nak ke pekan Tanjong Karang bergayut kat wayar eletrik tu. Jangalah datang sini, aku tak rela nak report just to know, memang akan kena tembak.

Pihak PERHILITAN pesan, kalau nak report jangan persendirian. Bincang dengan tok sidang, kalau banyak kes pihak dia akan hantar banyak team untuk buat "penghapusan etnik". Huhu. Cuma ada dua kumpulan untuk cover dua daerah, Sabak Bernam + Tanjong Karang.

Aku report online je. Mula-mula aku report lepas tiga hari tak ada respon pun. Lepas tu, abang aku cadang report guna nama orang lain sekali. Maka, aku report guna nama aku sekali lagi, nama mak aku + nama jiran aku, Kak Sal. Sekali dia datang pulak bawak senapang. o_O Aku tak salah kan?

PERHILITAN pun ambik tindakan bunuh, sebab haiwan tu bukan spesis dilindungi kot. Dengarnya, lepas ke rumah aku, diorang ke Ijok pulak, sebab ada kes monyet jugak. Adoi.

Cumanya, kampung aku ni rasanya tak kisah sangat pasal monyet tu kot. Macam kitorang je yang sibuk-sibuk nak report segala. Yela, takut jugak lotong-lotong tu makin berani dah. Dah la kat rumah ada budak kecil. Pisang segala dah habis kena makan- yang dah tu bukan rezeki la, tapi just to prevent further damage. Aku kan cakap, untuk pertahankan diri je. - bersalah rasa.